Tuesday, August 28, 2012

Persiapan Menuju ke Alam Perkahwinan



Setiap makhluk di dunia dicipta berpasangan. Naluri semulajadi itu menjadikan kita berkeinginan untuk berpasangan. Tak kira teruna atau dara, tua atau muda, baik atau jahat, duda mahu pun janda sudah pasti ingin menikmati betapa indahnya hidup berpasangan yang akhirnya melangkah menuju ke alam perkahwinan. Apatah lagi bila melihat insan di sekeliling bermesra, bergurau senda, dan berbahagia bersama orang tersayang, pasti akan terselit sedikit perasaan cemburu walaupun sekelumit. 

Jauh di sudut hati, pasti kita juga berkeinginan begitu. Ada tempat untuk kita berkongsi suka duka, ada tempat untuk kita meluahkan rasa hati, ada tempat untuk kita bermanja dan mencurahkan kasih sayang dan yang paling penting kita sama-sama dapat menghindari dosa. Apa salahnya berkorban untuk sesuatu yang mungkin berlaku sekali seumur hidup kita ni.

Dalam hati sentiasa tertanya-tanya, "Adakah semuanya sudah tersedia? Persediaan perkahwinan, mas kahwin, hantaran". Namun sekarang semuanya menjadi lebih mudah dengan adanya teknologi internet di mana boleh dikatakan hampir 90% urusan perkahwinan boleh diuruskan melalui online system. Tok kadi? Alamak! Sudah bersediakah kaum adam untuk sesi bersoaljawab dengan tok kadi masa akad nikah nanti? Bila mendengar pengalaman dan usikan kawan-kawan, sesiapa sahaja pasti berdebar-debar bila memikirkan  cara nak berhadapan dengan tok kadi. Dan bakal pengantin perempuan pula, sudah semestinya berdebar-debar menunggu lafaz ijab dan kabul dari bakal suami.

Insyaallah, dengan hanya sekali lafaz, akad ijab dan kabul akan berjaya dilaksanakan. Maka, secara rasminya telah menjejakkan kaki ke alam perkahwinan yang selama ini diimpikan oleh setiap insan bercinta. Dan secara totalnya gelaran juga berubah menjadi suami dan isteri serta bakal menjadi ayah dan mama kepada anak-anak nanti. Semoga segala urusan perkahwinan dipermudahkan oleh Allah SWT dan mendapat berkat dariNYA. AMIN...

Monday, April 30, 2012

tips cinta utk kebahagiaan suami isteri...




Cinta menepati satu angka dari perangkaan fitrah manusia. Tanpa nilai cinta yang berdefinisi sebagai cetusan rasa dari orbit naluri ke arah mengenali satu objek dengan penghayatan hakikat dan kewujudannya akan mengganggu fitrah manusia.

Kesenian cinta yang didasari runtunan fitrah tanpa dicabul oleh hawa syahwat merupakan logo kedamaian, keamanan dan ketenangan. Namun cinta seringkali diperalatkan untuk melangsaikan keghairahan nafsu dan kebejadan Iblis laknatullah. Demi kemakmuran manusia sejagat , kita mesti menangani fenomena cinta dengan nilai fikrah yang suci dan Iman yang komited kepada Allah swt.

"Sesiapa yang ingin mendapatkan kemanisan Iman maka hendaklah ia mengasihi seseorang kerana Allah swt." (Hadis Riwayat Ahmad)

Marhalah Amal Islami (Lihat Nazarat fi Risalatul Taalim oleh Muhammad Abdullah Khatib m/s 229)
Pembentukan peribadi Muslim
Pembinaan rumahtangga Muslim
Membimbing masyarakat menuju Ilahi
Membebaskan tanahair dari belenggu penjajahan kuasa kuffar
Memulihkan kerajaan dari sampukan thoghut
Penguasaan alam

(Seringkali isu kegagalan rumahtangga di perkatakan sehingga ia memberi kesan buruk kepada pasangan yang akan berkahwin. Dapat disaksikan di negara-negara barat apabila muda mudi mulai bosan dengan perkahwinan lantas mengamalkan free sex).

Rumahtangga yang berjaya ialah yang memiliki suasana asas sebagaimana yang disebut oleh Allah dalam firman-Nya dalam surah ar-Rum ayat ke-21 :

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untuk mu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."

Pendakian ke puncak amal Islami iaitu Ustaziatul Alam(Penguasaan Alam) mestilah melalui beberapa marhalah dan aqabah. Bait Muslim (rumahtangga Islam) sebagai marhalah kedua merupakan aqabah yang sukar didaki dengan penuh jaya dan gemilang. Ketabahan, kesabaran dan kebijaksanaan antara prinsip untuk berjaya.

Rumahtangga pejuang Islam
Aktivis gerakan Islam (samaada pihak suami atau isteri) sewajarnya memandang serius urusan mengenderai rumahtangga Muslim agar ia tidak menjadi sebab gugurnya seorang aktivis. Penegasan ini dibuat memandangkan keaktifan pejuang memungkinkan rumahtangga terabai, sedang rumahtangga Muslim adalah markaz terbaik untuk pengkaderan generasi akan datang yang bernaung di bawah lembayung al-Quran dan jihad.

Kedua-dua pihak (pasangan suami isteri) mesti memahami penglibatan aktifnya dalam gerakan Islam tanpa ia sendiri turut memahami bahawa rumahtangga Muslim adalah salah satu agenda gerakan Islam; mencetuskan ketegangan atau kehambaran dalam hidup berumahtangga.

Kebijaksanaan menyusun program menurut prioriti mampu menyelamatkan keadaan. Suatu nokhtah penting yang memerlukan sebuah keinsafan bersama, bahawa rumahtangga yang gagal dan hambar adalah antara jalan rentas menuju ke garis penamat bagi episod perjuangan seorang aktivis .

Tips cinta untuk suami:
Bersikap baik dan lembut dengan isteri
Menjaga kehormatan rumahtangga dan tidak terburu menerima fitnah
Jangan sekali-kali memukul isteri dan penuhi keinginannya dengan baik
Bersabar terhadap karenah isteri
Mengendali nafkah dengan (tidak bakhil dan boros)
Bergurau senda dengan anak dan isteri (berkasih sayang dan mesra)
Membantu tugas-tugas isteri di rumah
Jujur dan menepati janji dengan anak dan isteri
Bertanggungjawab dalam memimpin rumahtangga
Tidak bermesra dengan wanita lain
Menjaga rahsia isteri
Tidak merendah-rendahkan isteri di hadapan orang lain
Tidak makan hasil kerja isteri


Tips cinta untuk isteri:
Berterima kasih di atas pemberian suami dan senantiasa mengenang jasanya walaupun kecil.
Segera memenuhi permintaan suami
Bertindak diatas keizinan suami, jangan sekali-kali mengangkat suara
Pastikan suami tidak menemui sesuatu yang buruk pada isteri
Pastikan suami tidak mencium melainkan bau yang wangi
Jaga hartanya dengan sebaik-baik tadbir
Jaga maruahnya dengan sebaik-baik taqdir
Jangan mengingkari suami dan merahsiakan sesuatu daripadanya
Membantu urusan perjuangannya
Berkhidmat ikhlas dan aktif untuk ketenangan suami
Berlembut apabila dimarahi dan senyum apabila digembirakan
Mengekalkan sifat malu terhadap suami dan bijak menutur kata di hadapannya
Menghormati keluarga suami
Menjaga rahsia suami


Tips cinta untuk kedua suami isteri:
Persefahaman
Taawun (bekerjasama)
Wujudkan suasana romantis
Atasi bebanan kerja
Kepuasan seks
Elakkan sikap suka mengkritik pasangan
Saling percaya mempercayai diantara satu sama lain
Menghayati amal Islami
Kebijaksanaan mentadbir dan menyelesaikan masaalah rumahtangga

Tuesday, April 24, 2012

jodoh dari Allah..


Tanda jodoh dalam Islam itu adalah “3M”. Apa itu "3M"? Siapa di antara lelaki mahupun wanita yang boleh MemahamiMemaafkan dan Memotivasikan kita ke arah yang lebih baik InsyaAllah itulah jodoh kita. Huraian berkenaan "3M" adalah seperti berikut: Memahami - Setiap pasangan mestilah memahami antara satu sama lain. Ini penting kerana setiap daripada kita mempunyai latar belakang kehidupan yang berlainan. Maka setiap sifat kita mampu mempengaruhi atau dipengaruhi sifat pasangan kita. Memaafkan - Sifat memaafkan ini amat penting sekiranya tiada sifat ini, nescaya hubungan kekeluargaan tidak kekal lama (Ini yang kita cuba elakkan). Lelaki memang lebih egonya, namun jika ingin selamat, buang segala ego demi mempertahankan rumahtangga. Memotivasikan - Pasangan mestilah memotivasikan antara satu sama lain. Faktor seperti stres, tekanan kerja, masalah kewangan mungkin menyebabkan keretakan rumahtangga, namun sikap memotivasikan ini mampu menaikkan dan memulihkan kembali semangat pasangan anda.
Jadi sekiranya anda mahu mencari jodoh, carilah yang boleh melakukan 3M di atas supaya hubungan cinta dapat kekal dan tidak berlaku cerai-berai. Jodoh itu bukan berdasarkan nafsu, kekayaan, rupa paras, pangkat dan sebagainya tetapi haruslah berdasarkan Islam  iaitu beraqidah, taat beribadah dan cantik akhlaknya. Jika cinta itu menurut Islam maka cinta itu datangnya dari Allah.
Ramai muda-mudi sekarang bercinta namun tidak semua ke jinjang pelamin. Jangan percaya tentang ramalan cinta / ramalan jodoh di internet, televisyenataupun cinta monyet (Cinta kanak-kanak di alam remaja). Ini kerana itu bukan jodoh yang sebenar-benarnya. Ada yang cuba mengkategorikan jodoh kepada 3 jenis iaitu:
1) JODOH DARI SYAITAN 
iaitu lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. Apabila si perempuan tadi mengandung, barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut.
2) JODOH DARI JIN
iaitu lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya, lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tadi.
3) JODOH DARI ALLAH
iaitu pandangan 2 pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. Lalu,lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. Perempuan tadi menerimanya. Mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah satu2nya cinta yang diredhai ALLAH. Bercinta sampai ke syurga. Itulah yang digelar "Syurga Cinta" tanpa berlakunya sebarang bentuk kemaksiatan.
Apa jua jenis cinta, ianya kuasa Allah. Jadikan "3M" diatas sebagai panduan asas dalam mencari jodoh supaya benar-benar mendapatkan jodoh menurut Islam yang dapat membahagiakan hidup anda kelak. Mencari jodoh berdasarkan Islam Insya Allah akan membahagiakan hidup anda di dunia maupun akhirat.

she'll be loved...^^


Posted by Picasa SAYA SAYANG MA...^^

Monday, May 24, 2010

mutiara kata


"Seseorang tidak akan mendapat hasil dari kerja yang dilakukannya, kecuali menurut apa yang diniatkan olehnya, dan niat seorang mukmin lebih baik dari amalannya" (H.R Muslim)


-
Orang kuat bukanlah yang dapat mengalahkan orang lain, tapi yang dapat mengalahkan hawa nafsunya. Dan di dalam riwayat yang lain : yang dapat mengusai dirinya sewaktu marah" (H.R Bukhari dan Muslim)
-
"Berita itu tidak sama dengan menyaksikan sendiri "(H.R Ahmad)
-
"Musibah yang datang menimpa, banyak disebabkan oleh ucapan" (H.R Ibnu Abi Syaibah)
-
"Penyakit apakah gerangan yang lebih parah daripada sifat kikir?"(H.R Bukhari)
-
"Ilmu lebih utama dari Ibadat" (H.R At-Thabrani)
-
"Jarangkan berziarah kepada orang, agar kecintaannya bertambah" (H.R Al-Bazzar)


-
"Agama itu kukuh lagi kuat, masukilah dia dengan lemah lembut" (H.R Ahmad)


-


"Sebaik baik harta kekayaan seseorang , adalah penternakan dan perkebunan"(H.R Ahmad)